Monday, February 28, 2011

Hiking yang Best~

Assalamualaikum

Aku nak cerita pasal aktiviti aku minggu lepas. Aku join member dan member-member kepada member aku pergi hiking kat Taman Negara Pulau Pinang. Aku sangat bersemangat nak join sebab dah lama aku tak pi hiking. Last trip masa aku join Rakan Muda USM ghabat (panjat/ hiking) Gunung Jerai ( tapi ikut laluan kat Titi Hayun, Yan).

Sangat best, walaupun penat jugak la. Tambah-tambah part yang agak curam. Memang meletihkan dan menyebabkan degupan jantung laju macam F1. Dup..Dup..Dup... Lebih laju daripada degupan jantung normal.

Start hiking tak ingat kul berapa. Tapi hanya 1 jam 45 minit (termasuk aktiviti posing ambik gambar) kalau tak silap untuk sampai kat Pantai Kerachut. Pantai Kerachut ni bersih jugak. Tapi ada jugak manusia-manusia yang tak bertamadun, buang sampah merata-rata. Keunikan Pantai Kerachut ni, airnya sangat bersih dan jernih, hijau. Pasir putih dan halus. Tapi malangnya tak boleh nak mandi manda sebab kat sini banyak ubur-ubur. Nak mandi boleh, takut disengat ja. Huhu.

Pantai Kerachut jugak menjadi tumpuan penyu-penyu bertelur (bukan kat Terengganu ja). Ada la pusat penetasan telur-telur penyu untuk tujuan pemeliharaan, lagipun penyu dah banyak pupus. Nak tengok boleh klik sini.

Selain tu ada tasik unik yang dinamakan Tasik Meromiktik Uniknya sebab tasik macam ni ada di 19 tempat ja kat dunia. Malaysia ada satu sahaja dan terletak kat sini la. Gambar boleh tengok kat page ni. (pinjam mamat ni punya fotopage). Lagi satu keunikan tasik ni ialah airnya ada dua lapisan. Lapisan bawah air masin dan lapisan atas air tawar. Sebabnya air masin lebih tumpat daripada air tawar. Unik kan bila tak bercampur. Subhanallah. Tapi sayangnya tasik ni bermusim, bukan sentiasa ada. Masa aku pi ari tu bukan musim tasik ni penuh. So just tengok tasik yang kering kontang sahaja. Tak caya? Leh baca artikel ni.

So, aku sangat menggalakkan semua orang pi sana. Memang tak rugi. Boleh rehat otak kalau stress atau frust cinta dan sebagainya. Nak pi sana boleh pi guna dua cara. Sapa-sapa yang larat leh hiking, sapa yang malas sikit boleh naik bot. RM10 sorang. Ok la. Berpatutan sebab berbaloi.

Sekian.

Thursday, February 24, 2011

Cubaan Oh Dugaan~

Assalamualaikum

Kemarin dan hari ni sangat tak best.

PC aku rosak, tak boleh nak bukak..

Dah la semua kerja dalam tu..

Argghhh tension, stress, geram, tak syok langsung..

Cikgu pulak sibuk dengan taekwondo..

Ish..Ish..

Dugaan..Cubaan..

Sabar..Sabar..

Kerana Sabar itu separuh daripada Iman..

Stress Simptoms..aku ada simptom-simptom tak??
sumber: Google.
Sekian. =(

Wednesday, February 23, 2011

Kongsi-Kongsi

                    

Assalamualaikum

Sikit ja nak cerita, just nak kongsi video yang telah dihasilkan di Youtube. Best jugak. Mamat ni terer speaking dan yang paling best loghat kedah dia tu.

Banyak lagi video-video dia yang best, tapi yang paling aku suka video di atas. Lawak kot. Hehe.

Kalau nak layan lagi boleh cari YouTube dan search "Inianwarhadi".

Layan..

Tuesday, February 22, 2011

Kenali Korea~

Assalamualaikum



Bendera Korea
The national flower of Korea is the mugunghwa, rose of sharon. Every year from July to October, a profusion of mugunghwa blossoms graces the entire country. Unlike most flowers, mugunghwa is remarkably tenacious and able to withstand both blight and insects. The flower's symbolic significance stems from the Korean word mugung, meaning immortality. This word accurately reflects the enduring nature of Korean culture, and the determination and perseverance of the Korean people.

Hari ini aku nak berkongsi sikit cerita mengenai negara Korea. Kenapa Korea ? bukan New Zealand (yang baru kena gempa bumi), England, Mesir ( terbaru dengan kes rusuhan beramai-ramai) atau negara-negara yang lain? . Haha. Hal ini adalah disebabkan Cikgu aku akan fly ke Korea (InsyaAllah pada 2 Mac 2011) untuk program pertukaran pelajar ( kalau tak silap) selama setahun (mudah-mudahan).

Untung kan orang-orang yang ada peluang pergi melancong atau sambung belajar kat negara orang. Aku dulu penah dapat peluang, tapi tak jauh setakat negara jiran kita (Indonesia) untuk buat Perubatan ( macam tak caya ja) di bawah pinjaman MARA. Tapi disebabkan ada masalah teknikal dan tawaran datang saat-saat akhir, jadi aku terpaksa tolak. Lagipun aku tak berapa minat Jurusan Perubatan, bukan tak mau mencuba tapi aku lebih tau kemampuan diri kot. Masa tu pulak aku dah dekat 2 minggu masuk USM, dah la aku jenis tak suka tukar-tukar atau berhenti secara drastik. Jadi aku ambik keputusan, sambung belajar kat USM dengan Jurusan yang bukan menjadi pilihan aku. Walaupun bukan pilihan, tapi agak menarik jugak la jurusan ni. Nampak tak menarik pada nama tapi berguna untuk manusia.

Kembali kepada cerita Korea tadi. Dulu rajin jugak la layan cerita Korea macam Full House, Successful Story of A Bright Girl, Coffee Prince, Prince Hour dan macam-macam lagi la. Aku lebih suka cerita yang berunsurkan komedi romantik berbanding sedih romantik. Hehe.

Korea Selatan, secara rasmi Republik Korea dan biasanya dirujuk sebagai Korea, adalah republik presiden di Asia Timur, merangkumi bahagian selatan semenanjung Korea. Juga dikenali sebagai "Land of the Morning Calm", ia berjiran dengan China di barat, Jepun di barat dan sempadan Korea Utara di utara. Ibu kota dan bandar terbesar Korea Selatan, Seoul merupakan pusat kewangan global dan pusat kebudayaan dan bandar metropolitan kedua terbesar di dunia. Matawang yang digunakan di Korea adalah Won.


Sikit sejarah pasal Korea yang aku salin dan lekat dari WIKIPEDIA

"Selepas akhir Perang Dunia II pada 1945, kuasa besar dunia telah membahagikan Korea kepada dua zon pengaruh, manakala pada 1948 negara ini dipecahkan kepada dua kerajaan:

  • Kerajaan berfahaman komunis di Utara 
  • Kerajaan pro-Amerika Syarikat di Selatan
Pada Jun 1950, Perang Korea meletus. Korea Selatan yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Korea Utara yang disokong oleh Kesatuan Soviet akhirnya menemui jalan buntu. Satu perjanjian gencatan senjata dimeterai pada 1953 yang memisahkan semenanjung itu di sepanjang kawasan bebas tentera pada selarian latitud ke-38 yang merupakan garisan sempadan yang asal.
 
Semenjak itu, Republik Korea Selatan, di bawah kerajaan autokratik Syngman Rhee dan pemerintahan diktator Park Chung Hee, mencapai pertumbuhan ekonomi pantas. Pergolakan awam menguasai politik sehingga pembantah berjaya menjatuhkan pemerintahan diktator dan menubuhkan kerajaan berbentuk lebih demokratik pada 1980an. Kemungkinan penyatuan semula Korea kekal sebagai topik utama; tiada perjanjian perdamaian ditandatangani dengan Korea Utara. Pada Jun 2000, persidangan kemuncak Utara-Selatan bersejarah berlaku, sebahagian daripada Polisi Sinar Suria Selatan, walaupun terdapat kebimbangan mengenai program nuklear Korea Utara."
 
 - Fakta ni aku tak pasti betul ka tak. Rasanya betul la kot.
 
Beberapa tempat menarik kat Korea:
 
Namdaemun di Seoul pada waktu malam
Korea Palace kot
Kalau dari aspek sukan, Korea  merupakan tempat asalnya satu seni mempertahankan diri yang popular iaitu Taekwondo (sebab tu la Cikgu beria-beria sangat nak pi). Selain tu Korea jugak pandai men bola, terer la sampai layak masuk World Cup, wakil Asia ( Malaysia tak tau bila boleh layak harap-harap boleh la merasa sekali seumur hidup). Lain-lain fakta boleh klik di SINI untuk tau sikit sebanyak pasal budaya, ekonomi dan sukan di Korea.

Sekian sahaja laporan pasal Korea, kalau nak cerita padat dan lengkap sampai esok pun tak habis. Kira ok la kita ambik tau jugak serba sedikit daripada tak tau langsung kn. Huhu

Monday, February 21, 2011

Kereta Oh Kereta~

Assalamualaikum

Hari ni aku nak cerita pasal kereta. Kereta aku biasa-biasa saja. Tak semahal dan selawa kereta orang lain. Tak dak aksesori tambahan langsung (kurang bajet). Beli kereta pun sebab tak dak transport nak pi mai pi mai kerja.

Masalah sekarang ni aku tak reti bab-bab kereta ni.Langsung. Nak buh angin pun aku tak reti. Rasanya angin kereta aku tu dah kurang. Tapi tak pi boh lagi. Kalau singgah stesen minyak, malu nak suruh orang tolong bubuh kan. Kalau ada orang yang jaga dekat pam angin tu tak pa la jugak.

Tadi aku ada search kat Google, effect kalu angin tayar kurang. Antaranya:

  1. Stereng jadi berat dan ketat tambah-tambah time nak parking atau kena banyak belok.(kadang-kadang rasa jugak)
  2. Tayar yang bergerak di bawah tekanan angin rendah akan mengalami kenaikan suhu dan pengurangan kemampuan membawa beban akibat lenturan dinding sisi yang berlebihan.
  3. Menyebabkan penggunaan petrol bertambah (duit-duit)
Masalah tayar selesai sekiranya tekanan anginnya mencukupi dan sentiasa dijaga dengan pemeriksaan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.WAJIB
Sumber boleh klik kat SINI

belajar-belajar pam tayar. aduii
Lepas ni kena la belajar cara-cara nak buh angin dan rajin-rajin check tayar, cukup angin ka, botak ka. Ni baru bab tayar, bukan bahagian enjin lagi. Biasa la perempuan, bukan reti sangat bab-bab penjagaan kereta. Tau naik ja. Lagipun selalu ikut jadual servis kereta. So harap time tu ja la. Kena tunggu 3 bulan pulak baru tau pa perkembangan kereta.

Harap-harap kereta aku boleh bertahan selama yang mungkin dan tak banyak ragam. Hehe

Sekian



Sunday, February 20, 2011

Bad & Badminton~

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Aduss lenguh gila tangan, belakang, pinggang. Almaklumlah baru lepas tournament badminton. Saja join. Boleh la beriadah, keluar peluh. Lama sangat dah bela badan. Walaupun aku makan banyak, tapi badan menten kurus, cuma part muka ja memang nampak ketara terlebih isi.

Tournament ni aku join untuk beregu campuran. Nama kumpulan, Shukriah sempena nama partner aku Shukri+ nama aku sendiri ( tak perlu tau nama penuh)= Shukriah. Tapi nama ni bukan aku pilih. orang yang tolong daftarkan nama tu yang pandai-pandai letak nama kumpulan. Tak kisah la, janji ada nama.

aku tak la sehebat depa dua orang ni

Kumpulan aku layak sampi peringkat kedua ja. Tu pun nasib ja sebab masa peringkat awal tu lawan dengan kumpulan biasa-biasa. Boleh la partner aku kumpul banyak-banyak point. Aku setakat kaver line ja. Mai Peringkat kedua, kena lawan ngan kumpulan yang terer yang tahap terrorist. Pa lagi. Kalah la jwabnya. Mamat tu asyik smash aku ja. Mentang-mentang aku tak terer macam dia. Nasib baik tak jadi mesh potato. Tapi kumpulan ni memang super power @ superb pun, menang untuk beregu campuran pulak. Tahniah la.

Papa pun walaupun tak menang aku still enjoy sebab boleh jugak mengeluarkan peluh yang amat banyak. Rasa ringan sikit badan. Kalau tak asik makan dan mengadap tv. Kekalahan mungkin disebabkan oleh tak pernah main secara serius ( main kat depan rumah sahaja + main suka-suka kat sekolah dan matrik) dan kurang latihan. 2 kali latihan ja. Lepas tu terus main. Macam mana la nak menang. Tak pa, ada rezki kita main lagi.

Sekian..

Tuesday, February 15, 2011

Fikir-fikir~~

Assalamualaikum
Maulud Nabi

Semalam 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiul Awal 1432 Hijriah adalah hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW atau dikenali sebagai Maulidur Rasul. Aku tak join mana-mana perarakan, tapi just pi dengaq ceramah Maulidur Rasul dekat Tikam Batu. Penceramah, Ustaz muda. Ustaz Aswad Nasrul (rasanya betul). Tak banyak panjang ceramah Ustaz tu, just sentuh keistimewaan Nabi Muhammad SAW. Tapi diselitkan jugak benda-benda lain yang memang terkena kat batang hidung sendirik. Memang tak berapa best, tapi itulah hakikatnya. Manusia perlu berubah.

___________________________________________________________________________________

Pekerjaan.

Sekarang ni ramai kawan-kawan yang dah dapat kerja. Ada yang dapat kerja cikgu, kerja kerajaan, kerja swasta pendek kata kerja yang best-best la kalau nak dibandingkan dengan aku. Kadang-kadang rasa tensen jugak bila orang lain boleh dapat kerja yang bagus-bagus. Tapi kerja aku tak cukup bagus ke?? Kerja aku bukan tak bagus, cuma rasanya suasana kerja yang tak memuaskan hati. Rasa macam tak puas dengan kerja sekarang. Sampai bila aku kena hidup macam ni. Manusia perlu berubah.

___________________________________________________________________________________

Teman

Teman hidup? Teman Istimewa? Tak kisah la apa jenis teman. Aku suka kawan-kawan Matriks. Kawan-kawan kat tempat lain pun aku suka, tapi kawan-kawan kat Matrik, lain pada yang lain. Rifhan, Huda, Laili dan Pda. Kami memang satu kepala. Masing-masing lain watak dan perwatakan, tapi still boleh ngam. Selisih paham tu memang ada, tapi boleh dikatakan hampir tiada. Cuma sekarang ni masing-masing dah bawak haluan masing-masing. Tak rapat macam dulu. Manusia sentiasa berubah. Perasaan kadang-kadang susah nak kekal. Tapi harap sangat teman yang ini, tak berubah. Susah nak terima bila dah jauh-jauh. Walaupun tak bertahun-tahun, tapi tetap ada tahun. Manusia boleh berubah tapi tolong jangan ubah perasaan itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...