Thursday, May 26, 2011

SD 2011 # 4~

Kemarin hari Rabu. Seperti biasa, hari Rabu adalah hari yang paling den nanti-nantikan sebab pada sebelah malamnya ada SD 2011. 

Untuk episod keempat semalam, tema adalah Malaysian HIP HOP. Crew yang tersingkir adalah Borneo Crew. Salah satu crew yang den yang berapa nak berkenan. HEHE

Crew yang menjadi pilihan hati den semalam adalah Elecoldxhot (semestinya) memang mantap den cakap lu. Depa ni tiap-tiap  minggu tak pernah buat persembahan yang mengecewakan. Sangat BEST. Sangat synchronize, Energy mantap. Ada unsur-unsur humor. Lengkap.Harap-harap boleh jadi CHAMPION lorh. 

Crew yang kedua adalah Bounce Stepperz. Memang best jugak depa semalam. Sangat enjoy den tengok depa menari. Sangat kreatif. Sangat cute. 

HMC Phlow boleh tahan semalam. Tapi den tak berapa enjoy sangat. Entah la mana silap. 

Rokusteps. Best jugak. Tapi tak dapat pujian judges. Bagi den persembahan depa ada unsur-unsur lawak dan cun gak depa menari. Mungkin sebab pakaian depa semalam kot. Sebelah perempuan sebelah lelaki. Sangat pelik dimata juri. HAHA. 

Tak sabaq pulak nak tengok SD minggu depan. Tema pa ntah, tak sempat nak tengok semalam, sebab layan episod akhir SAHARA kat TV3. Hehe

Wednesday, May 18, 2011

SD 2011 #3~

Semalam dengan rasminya Deja Vu Breakerz (DVB) disingkirkan. Menyedihkan jugak (pasai pa tak taw padahal tiap-tiap minggu mintak depa ni kena eliminate..hehe). Dah 2 minggu Joe Flizzow dan Maple Loo point DVB sebagai crew yang tercorot atau paling tak best. Maybe ramai Sabahan yang vote, so 2 minggu depa tak payah g battle padahal performance memang biasa-biasa kalau nak compare dengan crew yang lain. 

Time battle semalam pun, DVB pya confidence level memang sangat low, battle part memang teruk den cakap sama lu. Minggu ni dah memang termaktub rezeki DVB sampai semalam ja.

Crew yang den rasa best minggu ni dengan tema Replicate & Represent: 
  1.  Elecoldxhot (sangat best dan dah 3 minggu give the best performance)
  2.  Bounce Stepperz  (comel mamat yang kecik tu menari ...haha)
  3. Stepholic ( tak power tara mana pun, tapi best depa pya koreografi)
  4. HMC Phlow (minggu ni depa kurang sikit, maybe sebab lagu bukan pilihan sendiri)

Crew-crew lain, boleh tahan la....

Tuesday, May 17, 2011

No Man No Cry~

Assamualaikum

Sapa yang tak pernah menangis. Angkat kening..haha

Tipu la kalau cakap tak pernah menangis (tak termasuk masa zaman belum baligh) tambah-tambah bagi golongan Hawa. 

Mengikut apa yang den jumpak masa dok sembang-sembang dengan Mr Google den jumpak list ni:

Tapi sebelum tu den nak habaq jenis-jenis air mata. Ada 3:

Airmata basal 
memastikan mata kita sentiasa lembab( maybe eyemore/ubat mata..tak pasti pulak...haha)

Airmata reflex 
dihasilkan bila adanya tindakbls seperti bndasing yang masuk kedalam mata

Airmata neutral 
airmata yg terhasil bila tubuh bertindakbalas secara emosi

Setiap jenis airmata mmpunyai kandungan jumlah bahan kimia, protein dan hormon-hormon yangg berbeza. Saintis menemui tangisan emosi mengandungi paras manganese dan hormone prolaktin yang tinggi.


7 Kebaikan Air Mata yang Menangis

Membantu penglihatan                                                                                                                   air mata berfungsi untuk melembabkan membran mata, elakkan mata jadi kering yang boleh menyebabkan penglihatan kita menjadi kabur.

Membunuh bakteria                                                                                                                                  Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.

Meningkatkan mood                                                                                                                Tahukah anda dalam air mata yang dihasilkan oleh tekanan emosi yakni bukan sebab habuk atau kupas bawang ,mengandungi 24% protein albumin yang berguna untuk menstabilkan kembali sistem metabolism bermakna emosi anda kembali stabil.

Mengeluarkan racun                                                                                                                    William Frey( ahli biokimia) telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati air mata yang dihasilkan akibat tekanan emosi mengandungi racun, so bila anda menangis, keluarlah racun itu melalui air mata anda. Kira kalau anda semua tertekan, jangan malu nak menangis, sebaliknya menangis la puas-puas ditempat-tempat yang anda rasa agak privasi. Jangan menangis di tengah-tengah shoping complex atau panggung wayang. Haha

Mengurangkan tekanan                                                                                                                               Den ingatkan dalam badan ada hormone estrogen/testosterone ja, rupa-rupanya hormon stress pun ada. Ianya dikenali sebagai leucine-enkaphalin dan prolactin yang dikeluarkan semasa anda menangis akibat stress yang amat. Sebab tu la sesetengah orang  (termasuk den)  suka menangis bila geram. Bila lepas menangis baru rasa tenang sikit. Bukan tu ja, menangis bagus untuk melawan penyakit darah tinggi.

Mengenal erti sosial                                                                                                                                     Pendek kata, mengeratkan silaturrahim. Ada sesetengah orang, bila stress, depa ni akan ceritakan masalah depa kat orang lain contoh mak ayah, kawan-kawan, sepupu sepapat dan lain-lain. Tapi den lain, jarang den meluahkan perasaan/masalah kepada orang lain tambah-tambah bab hati dan perasaan. HAHA

Melegakan perasaan                                                                                                                             Perasaan yang terbuku bila dilepaskan memang melegakan.
sumber: ezany-kun


Bila difikir-fikir balik, selalunya kita-kita menangis sebab frust bercinta, balak tinggai awek,awek tinggai balak tapi yang menangis sebab bertaubat, menyesal dengan dosa-dosa sendiri, menangis dalam solat...amatlah sikit (termasuk den). Mungkin sebab terlalu banyak disogok dengan keseronokan dunia. Kadang-kadang rasa time muda ni la nak enjoy.Padahal pada pandangan den, dunia ni bukan tempat untuk enjoy, tapi tempat untuk kumpul pahala. Tapi berapa banyak pahala dah terkumpul? (point topup lagi banyak kot). Wallahu a'lam bissawab...

p/s: lawan menangis adalah ketawa, so ketawa la selalu dan bila ada masalah jangan dok pikiaq sangat, .carilah benda-benda yang melawakkan hehe. macam rancangan maharaja lawak, tapi jangan gelak sampai tak ingat dunia sudah. tu syaitan suka, Allah tak suka. 

Sunday, May 15, 2011

Pantas dan Garang 5~

Assalamualaikum

Semalam 15.05.11 den baru berkesempatan melayan Fast Furious 5,padahal F&F 1-4 den tengok tapi tak rasa  'WOW' sangat. Memang banyak halangan dan dugaan betul sepanjang perjalanan ke Big Cinemas, Kulim tu. Disebabkan terlalu banyak rintangan yang harus ditempuhi, den dan adik den, telah terlewat hampir 15 minit. Rugi-rugi.

Tapi filem best ni giler lah. Memang puas hati. Hero-hero yang mantap. Kalau orang ajak tengok sekali lagi pun den sanggup.

Part paling best semestinya aksi ligan kereta sambil bawak bilik kebal. Haha. Lawak-lawak.

Den bagi 5 bintang. Paling best Vin Diesel, hero fevret den. Tapi dalam filem ni den suka usha mamat Jepun- Han (Sung Kang) cool habis...Hehe

 
 
p/s: sampai bila dia nak bisu seribu bahasa, aku dah tak tahan kot ngan prangai dia....arghhh...

Monday, May 9, 2011

Untitle 1~

Seminggu STC department den tak dak, yang ada cuma Cik Anggur dan En Hayate Kenpachi yang sekepala. Ada urusan di luar negara. HAHA. Bagus-bagus. So, seminggu ni den boleh me’relaxing’ kan diri.

Lupa plak den nak bercerita kejadian minggu lepas, hari Khamis jam 3.00-4.30 petang. Ada lawatan daripada Kilang C***O, 7 orang semua. Tapi 5 orang yang masuk dalam bilik den, yakni Polymer Testing Laboratory. Masuk-masuk, STC den suruh den pulak yang bagi penerangan kat depa-depa yang mai ni. Den bab nak terang- menerang ni memang lemah semangat sebab cara den cakap ni bukan la power rangers sangat. HAHA.

Alhamdulillah, depa yang mai ni yakni QA dan QC tak banyak cakap dan tak banyak tanya, so lagi senang la den nak menggoreng. HAHA. Depa paham atau tak paham tu bukan masalah den. Lepas menggoreng hampir garing, depa pi pulak melawat Workshop sebelah. Memang nasib den baik la. Kalu yang mai tu manager-manager besar, masak dah den kalau kena explain suma equipment dalam lab ni. HEHE.


p/s: LENSA ROSAK dah kembali. Sangat best la mamat ni. Walaupun ada benda yang aku tak bersetuju ngan dia, tapi dia memang best dan power dalam beberapa aspek. HAHA.  
Kepala otak asik pikir 5147 - tensen !  

Friday, May 6, 2011

Love Mr Ben~

Sapakah Mr Ben??

Haa, hari ni den nak share sikit tentang Mr Ben yang den suka atau nama dalam IC- Kacang Bendi atau Kacang Lendiaq (northen version- pekat gila. Haha) atau Lady Finger (bukan Lady Gaga-den dah blacklist LG dalam hidup den) atau nama saintifiknya Abelmoschus Esculentus.


masa sekolah rendah, den pernah guna bendi  untuk buat corak time kelas seni.  Anda pun pernah kan. Hehe

Apa pasal den cerita bab sayur pulak ni. Tak up to date langsung.  Orang sekarang sibuk bercerita pasal fesyen, den pulak cerita bab sayur. HAHA. Bukan apa, semalam mak den masak kacang bendi goreng sama udang kering.  Sedap tak sedap tu belakang kira. Dah ada orang  tolong masak tu, belasah ja la. Kalau banyak komen, disuruhnya masak sendiri, kan nahas tu. HAHA. Lagipun memasak ni bukan kepakaran den. So kalau kat rumah, apa-apa yang dimasak, den belasah ja tanpa banyak komen. Kecuali asam pedas ikan tamban yang banyak tulang, den memang anti-komunis. HAHA.

Seingat den, kacang bendi hadir hidup den agak lambat. Masa umur den 15 tahun, baru den try kacang bendi. Masa tu pun sebab den tersangatlah lapaq tahap dewa cipan, jadi den belasah ja makanan yang ada depan den walaupun masa tu den tak pernah sentuh dan anti dengan bendi. Mana tak lapaq, dari pukul 9 pagi sampai 3-4 petang berjalan beribu-ribu batu, asik telan air kosong ja.  Masa tu ada Jambori Pengakap kat area Baling, lepas sampai ja tapak khemah, dapat nasi, terus makan tak ingat dunia. Punya la lapor, macam tak makan seminggu. HAHA. Lauk tak sedap mana pun, gulai ikan temenung dengan bendi.  Lapaq punya pasal, den belasah semua, tinggal tulang ja. Start daripada situ, baru den tau, sedap rupanya bendi ni. Haa..Macam tu la alkisahnya den dengan bendi. HAHA. Ntah apa-apa cerita den kan.

Iklan: 
Mulai hari ni den nak menggantikan  ‘aku’ dengan ‘den’ macam orang nogori sombilan. AKU ok jugak, cuma sedikit kasaq. So, den nak curi perkataan 'den' ja la daripada N9, yang lain-lain den still guna loghat KEDAH.

Iklan tamat....

Dah lama den nak cari khasiat bendi ni, so sekarang dah jumpak den nak share sikit la. Antara khasiat bendi yang den copy daripada ULAM RAJA adalah:

  1. mencuci hati (supaya hati anda bersih daripada sifat mazmumah)
  2. menstabil kandungan gula dalam darah 
  3. membantu melincinkan bahagian dalam usus besar (servis perut)
  4. membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
  5. membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus 
  6. ada juga pendapat yang mengatakan kacang bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat.
  7. membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi
  8. sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman
  9. dapat membantu radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

Nak tau lebih lanjut pasal kelebihan bendi, boleh cari ULAM RAJA. Kang den copy semua, orang panggil den  plagiat plak..HAHA. 

Setakat ni ja entri den untuk kali ni. So,saranan den, banyakkan makan ulam-ulam kampung, sayur-sayur daripada makan jajan-jajan, kepok-kepok yang tak sihat, yang banyak Chemical Ingredients. Harap maklum. 

Wednesday, May 4, 2011

ShowDown Twenty Eleven~

Sapa minat realiti tv yang baru masuk musim kedua iaitu SHOWDOWN 2011? 

'DEN..DEN MINAT....HAHA 

Showdown (SD) adalah Program realiti untuk mencari penari berkumpulan yang paling best. Den dah start follow SD sejak musim pertama. Masa musim 1, den paling suka FLOOR FEVER (FF) tapi mungkin tak dak rezeki, dapat tempat ketiga ja.

FF memang best, patut menang (bagi den la) tapi kurang undian daripada penonton, macam den...minat tapi tak vote. Sebab SD ni program hiburan, so malas nak bagi sokongan 100%. HAHA. Kalau vote sampai habis duit pun, apa yang den dapat. Hadiah dapat kat depa. Yang tengok ni, setakat dapat seronok ja la. Kan membazir namanya. Sekadar tengok sudah la.

FF ni best sebab depa kalau menari seragam, kemas, kreatif..pandai pilih lagu. Mantap..Tapi Last-last WAKAKA CREW jugak yang menang. Padahal den tengok serabut ja. Pa yang best pun tak tau. Mungkin sebab ada mamat ALAM tu? Ntah la.

Musim ni, den paling suka ELECOLDXHOT (ECX) payah btoi nak menyebut dan HMC PHLOW. Setiap kali show, memang depa-depa ni la den dok tunggu. Macam semalam,  performance depa memang mantap. 

Kalau belek balik profile dua-dua crew ni, depa ni dah menang banyak pertandingan menari cuma tak tempek kat TV ja. Tengok sini dan sini  Patut la mantap. HMC PHLOW dah pernah masuk SD musim 1, tapi tak dak rezeki nak pi final. Kali ni macam ada chance ja sebab musim 1 den tak berapa minat depa ni, tup-tup musim ni den tersuka pulak. Kiranya memang depa ni bagus la kalau den dah suka. HAHA. 

Bagi den, better judges ja yang buat pemilihan sapa yang kena eliminate. Kalau harap penonton, ada yang support group adik bradik atau kawan-kawan atau yang ensem-ensem. Mana adil. Tapi menari, hancus. Tak menarik langsung. Lagipun den rasa Sistem vote pakai sms ni semata-mata nak cari untung ja ni. Business semata-mata. Depa untung belambak-lambak. Tapi terserah kepada pendapat masing-masing. Ni semua pendapat den sahaja, sebab den ni kedekut sikit, tambah-tambah kepada benda-benda yang den rasa tak penting. 

Okeh, kalau nak layan show depa semalam, boleh tunggu ulangan selasa minggu depan, pukul 11.25 malam. Bagi yang ada internet laju. NO BUFFERING!. boleh layan kat TONTON atau Youtube (mungkin dah dimuatnaik). Den boleh ja nak upload, tapi internet kat sini lombab dan slow sikit. Nak upload gambaq pn lambat gila. 

p/s: Takziah kepada family En Said Ahmad kerana telah kehilangan 3 orang anak perempuan sekaligus kerana dihanyutkan arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah. Kecik-kecik lagi anak-anak ni. Confirm masuk syurga. 




Tuesday, May 3, 2011

Rayyan Aiddin~

Assalamualaikum

Semalam aku berjaya menghabiskan (habis baca selepas seminggu beli) sebuah novel karya Ramlee Awang Murshid (RAM) iaitu Rayyan Fantasi. RAM adalah seorang novelis yang aku minat jugak la, makna kata cerita-cerita yang ditulis kena dengan jiwa aku berbanding novelis-novelis Malaysia yang lain yang banyak tulis kisah cinta berbunga-bunga jadi air mata. bla bla.  

Dulu waktu zaman sekolah, layan jugak la novel-novel cinta, tapi bila fikir-fikir balik, jalan cerita kisah cintan-cintun ni tak banyak beza. Ending dah boleh tau. Kebanyakkan konflik yang sama, gaduh-gaduh, baik, kawen paksa, kawen sukarela. Balik-balik Happy Ending. Bosan.  

Rayyan Fantasi ni adalah novel ketiga karya RAM yang aku habis baca selepas Hatiku Di Harajuku (best) dan Ungu Karmila (seram + sains, fiksyen atau bukan aku tak berapa pasti). Sekarang ni sempat kumpul Rayyan Fantasi dan Ungu Karmila ja, yang lain tak terbeli lagi. InsyaAllah kalau ada rezeki teringin jugak nak ada semua novel RAM. Harga novel pun tak mahal sangat.Berpatutan bagi orang yang sayang duit nak beli novel sendiri (macam aku)sebab dulu memanjang pinjam kat member.

Berbalik kepada novel Rayyan Fantasi ni, jalan cerita dia,  aku boleh simpulkan macam sebuah cerita Sains Fiksyen ala-ala Filem Thor (bagi aku filem ni tak best mana) yang aku baru tengok minggu lepas. Ada scene di bumi dan planet lain. Nampak merapu, tapi susunan cerita novel ni sangat best. Bila dah baca tak boleh nak berhenti sebab banyak sangat persoalan kalu berhenti sekerat jalan. RAM jugak ada selitkan unsur-unsur ketuhanan dalam cerita yang ditulis-menarik. Bayangkan makhluk asing (asalnya) yang digambarkan menganut agama Islam, solat tak tinggal walaupun masa scene kat planet depa. Menarik betul.

Mungkin ada yang berminat dan ada yang tak berminat dengan jalan cerita macam ni. Terpulang kepada selera masing-masing. Kalau boleh bagi bintang, aku boleh bagi 4 suku bintang. HEHE

Tabiat aku bila baca novel, mesti bayangkan watak dalam novel dengan orang yang betul-betul wujud. Baru da feel. HAHA. Dalam novel ni, aku bayangkan watak Rayyan atau Aiddin (Hairi Safwan -pelakon baru), Ibrahim atau Mij- Gillion ( Azhan Rani), Supinah ( Aida Khalida) dan lain-lain lagi la. Kalau novel ni difilemkan atau didramakan, aku pilih depa-depa ni la sebagai watak utama. HAHA.

Jadi kepada sapa-sapa yang minat RAM bolehlah dapatkan Rayyan Fantasi di kedai-kedai buku berdekatan. Kalau kat kedai buku POPULAR yang novel ni dikira novel yang popular, laris kat kedai tersebut. Harap maklum. HEHE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...