Assalamualaikum
|
Bendera Korea |
|
The national flower of Korea is the mugunghwa, rose of sharon. Every year from July to October, a profusion of mugunghwa blossoms graces the entire country. Unlike most flowers, mugunghwa is remarkably tenacious and able to withstand both blight and insects. The flower's symbolic significance stems from the Korean word mugung, meaning immortality. This word accurately reflects the enduring nature of Korean culture, and the determination and perseverance of the Korean people.
|
Hari ini aku nak berkongsi sikit cerita mengenai negara Korea. Kenapa Korea ? bukan New Zealand (yang baru kena gempa bumi), England, Mesir ( terbaru dengan kes rusuhan beramai-ramai) atau negara-negara yang lain? . Haha. Hal ini adalah disebabkan Cikgu aku akan fly ke Korea (InsyaAllah pada 2 Mac 2011) untuk program pertukaran pelajar ( kalau tak silap) selama setahun (mudah-mudahan).
Untung kan orang-orang yang ada peluang pergi melancong atau sambung belajar kat negara orang. Aku dulu penah dapat peluang, tapi tak jauh setakat negara jiran kita (Indonesia) untuk buat Perubatan ( macam tak caya ja) di bawah pinjaman MARA. Tapi disebabkan ada masalah teknikal dan tawaran datang saat-saat akhir, jadi aku terpaksa tolak. Lagipun aku tak berapa minat Jurusan Perubatan, bukan tak mau mencuba tapi aku lebih tau kemampuan diri kot. Masa tu pulak aku dah dekat 2 minggu masuk USM, dah la aku jenis tak suka tukar-tukar atau berhenti secara drastik. Jadi aku ambik keputusan, sambung belajar kat USM dengan Jurusan yang bukan menjadi pilihan aku. Walaupun bukan pilihan, tapi agak menarik jugak la jurusan ni. Nampak tak menarik pada nama tapi berguna untuk manusia.
Kembali kepada cerita Korea tadi. Dulu rajin jugak la layan cerita Korea macam Full House, Successful Story of A Bright Girl, Coffee Prince, Prince Hour dan macam-macam lagi la. Aku lebih suka cerita yang berunsurkan komedi romantik berbanding sedih romantik. Hehe.
Korea Selatan, secara rasmi Republik Korea dan biasanya dirujuk sebagai Korea, adalah republik presiden di Asia Timur, merangkumi bahagian selatan semenanjung Korea. Juga dikenali sebagai "Land of the Morning Calm", ia berjiran dengan China di barat, Jepun di barat dan sempadan Korea Utara di utara. Ibu kota dan bandar terbesar Korea Selatan, Seoul merupakan pusat kewangan global dan pusat kebudayaan dan bandar metropolitan kedua terbesar di dunia. Matawang yang digunakan di Korea adalah Won.
Sikit sejarah pasal Korea yang aku salin dan lekat dari WIKIPEDIA
"Selepas akhir Perang Dunia II pada 1945, kuasa besar dunia telah membahagikan Korea kepada dua zon pengaruh, manakala pada 1948 negara ini dipecahkan kepada dua kerajaan:
Pada Jun 1950, Perang Korea meletus. Korea Selatan yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Korea Utara yang disokong oleh Kesatuan Soviet akhirnya menemui jalan buntu. Satu perjanjian gencatan senjata dimeterai pada 1953 yang memisahkan semenanjung itu di sepanjang kawasan bebas tentera pada selarian latitud ke-38 yang merupakan garisan sempadan yang asal.
Semenjak itu, Republik Korea Selatan, di bawah kerajaan autokratik Syngman Rhee dan pemerintahan diktator Park Chung Hee, mencapai pertumbuhan ekonomi pantas. Pergolakan awam menguasai politik sehingga pembantah berjaya menjatuhkan pemerintahan diktator dan menubuhkan kerajaan berbentuk lebih demokratik pada 1980an. Kemungkinan penyatuan semula Korea kekal sebagai topik utama; tiada perjanjian perdamaian ditandatangani dengan Korea Utara. Pada Jun 2000, persidangan kemuncak Utara-Selatan bersejarah berlaku, sebahagian daripada Polisi Sinar Suria Selatan, walaupun terdapat kebimbangan mengenai program nuklear Korea Utara."
- Fakta ni aku tak pasti betul ka tak. Rasanya betul la kot.
Beberapa tempat menarik kat Korea:
|
Namdaemun di Seoul pada waktu malam |
|
Korea Palace kot |
Kalau dari aspek sukan, Korea merupakan tempat asalnya satu seni mempertahankan diri yang popular iaitu Taekwondo (sebab tu la Cikgu beria-beria sangat nak pi). Selain tu Korea jugak pandai men bola, terer la sampai layak masuk World Cup, wakil Asia ( Malaysia tak tau bila boleh layak harap-harap boleh la merasa sekali seumur hidup). Lain-lain fakta boleh klik di SINI untuk tau sikit sebanyak pasal budaya, ekonomi dan sukan di Korea.
Sekian sahaja laporan pasal Korea, kalau nak cerita padat dan lengkap sampai esok pun tak habis. Kira ok la kita ambik tau jugak serba sedikit daripada tak tau langsung kn. Huhu